Salam Peperiksaan

Assalamualaikum wbt,

Rata-rata mahasiswa di Maghribi kini sedang bergelumang dengan rentetan-rentetan kertas yang diselak-selak, ditenggelami lautan buku yang mendalam. Simptom-simptom ini biasanya akan menjadi semakin sesak dan kritikal apabila suatu virus datang menjelma, itulah: PEPERIKSAAN!

Di kesempatan ini, kami selaku Organisasi Pengurus Portal PMMM mengucapkan selamat menjalani peperiksaan buat semua mahasiswa di Maghribi (juga buat mahasiswa-mahasiswa dari negara-negara lain yang juga bakal menduduki peperiksaan akhir semester).

Semoga ilmu yang dikejar dan dituntut bukan hanya berfokus kepada peperiksaan, bahkan untuk kemaslahatan diri, ummah dan agama, inchallah. Yang penting, ittijahnya jelas, iaitu demi keredhaan Allah, inchallah.
(Ittijah= Destinasi)

Melakar kejayaan itu mungkin mudah, tetapi mencapai kecemerlangan? Allah saja yang tahu. Ayuh bersama kita gunakan senjata terulung muslimin, iaitu doa. Doakan buat semua sahabat, tidak dilupakan juga ibu bapa, individu-individu yang telah mencurahkan ilmu kepada kita, juga saudara-saudara seislam kita yang sedang berperang menegakkan keadilan di tanah air mereka.

اطــلــب العــلم ولا تــكسل فــما***أبعد الخيرات عن أهل الكسل
لا تقـــل قــد ذهــبــت أربـــــابه***كل من سار على الدرب وصل
Maksud:
"Tuntutlah ilmu dan jangan malas, sesungguhnya betapa jauhnya orang yang malas itu dari pelbagai kebaikan. Jangan katakan bahawa orang-orang yang berusaha (di jalan ilmu) telah semakin hilang, (kerana sesungguhnya) setiap yang melalui jalan itu pasti akan sampai."

Sekian, salam imtihan dan salam hormat.


Fakhruddin Arrazi
Admin.

Diselia oleh

PmmmMedia
Portal Rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi [PMMM].

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2013 Portal PMMM and Kuahdalca.