Kitaran Pemprosesan Maklumat

Kitaran Pemprosesan Maklumat (Information Processing Cycel) terdiri daripada input, proses, output, dan storan.

Input ialah proses membawa perisian atau data dari luar ke dalam sistem untuk diproseskan. Terdapat beberapa cara utama untuk memasukkan data ke dalam simstem. Contohnya, papan kekunci dan tetikus.

Intel® Core™ i7-3930K
Kitaran ini berkait rapat dengan Prosessor ( Central Processing Unit - CPU ). Contoh mudah CPU ini ialah model prosessor Intel® Core™ i7-3930K.

Prosessor mengawal semua aktiviti di dalam sistem komputer. Untuk setiap arahan, prosessor ini akan mengulang empat operasi asas yang disebut sebagai Machine Cycle (Kitaran Mesin) - fetch (ambil), decode (nyahkod), execute (lakukan), dan store (simpan).
Kitaran Mesin

Operasi fetch ialah satu operasi memindahkan arahan atau data dari memori. Seterusnya diikuti decode, yang menyahkan kod-kod arahan atau data kepada isyarat yang boleh dibaca oleh komputer. Kemudian execute, iaitu melaksanakan arahan atau data yang telah dinyah kod. Akhir sekali store. Kitaran akan sempurna apabila hasil dari arahan atau data tadi kembali disimpan di dalam memori.

Manakala, prosessor secara amnya terbahagi kepada dua bahagian. Control Unit - CU (Unit kawalan) dan Arithmetic and Logic Unit - ALU (Unit Aritmetik dan Logik). 

Control Unit (CU) ini dapat dijumpai pada bahagian decode, dimana tugas CU adalah unit memberitahu kepada sistem komputer bagaimana untuk menjalankan arahan sesuatu program. Ia mengarahkan pergerakan (1) signal elektronik antara memori yang memegang data secara sementara (contoh : RAM), (2) Arahan dan maklumat yang telah diproses, (3) mengarahkan pergerakan ALU. Ia juga bertindak mengarahkan signal arahan antara CPU dan peranti input/output.

Arithmetic and Logic Unit (ALU), bertindak melakukan dua jenis operasi. Aritmetik dan logik. Operasi aritmetik ialah operasi asas matematik, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Manakala operasi logik ialah perbandingan antara dua data yang sama bentuk. Sama ada keduanya ialah sama, salah satu lebih besar atau kurang.


Teratak Nasyatilla, Fes
4 Disember 2011 / 9 Muharram 1433 Hijrah
Zohor II, Fes
Maghribi

Diselia oleh

PmmmMedia
Portal Rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi [PMMM].

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2013 Portal PMMM and Kuahdalca.