Tahaluf Siyasi


Perjanjian kerjasama itu adalah amalan yang saling bertimbal balas. Dalam perjanjian kerjasama, sebelah pihak meminta pertolongan satu pihak yang lain dan pada masa yang sama mereka perlu menolong pihak satu lagi berasaskan kepada keperluan kita dan pihak-pihak yang bekerjasama. Perkataan tahaluf  itu adalah berkait hubungan timbal balas antara dua belah pihak..Untuk memahami isu tahaluf, kita perlu memahami hukum meminta bantuan non muslim secara berasingan dengan isu memberi bantuan kepada non muslim. Sekiranya kita memahami kedua-dua isu ini, mudahlah kita memahami konsep tahaluf ini berasaskan neraca fuqaha'.

Hukum meminta bantuan dan membantu orang islam sudah tiada pertikaian lagi lagi. Ini adalah kerana ia adalah asal hubungan antara sesama Islam sama ada dalam bentuk individu, parti atau negara berpandukan kepada kerjasama atas asas kebaikan dan takwa (ta’awun ala birri wa al-takwa).Yang menjadi persoalan sekarang ialah hukum meminta bantuan non muslim atau membantu non muslim.
Meminta bantuan bukan islam seperti meminta bantuan negara non muslim,parti non muslim dan kumpulan-kumpulan bukan Islam adalah TIDAK DIHARUSKAN dengan dalil-dalil yang jelas. Namun begitu HARUS meminta bantuan individu non muslim sekiranya ada isyarat yang menunjukkan kepada amanahnya.
Dalil daripada hadis-hadis sahih ;
1.Dalam Sahih Muslim ada menceritakan tentang seorang musyrik mahu menyertai Rasuluallah dalam peperangan Badar, Nabi bertanya sekiranya dia telah Islam, lelaki tersebut menafikan keislaman, Nabi meminta dia balik dan bersabda bahawa baginda tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.

2.Dalam satu peperangan yang tidak dinyatakan nama peperangan tersebut oleh rawinya, baginda berkata bahawa tidak akan meminta bantuan orang-orang musyrik untuk memerangi orang-orang musyrik yang lain.
Larangan dalam hadis pertama adalah jelas mengatakan larangan itu kepada mereka yang tidak berada dalam pemerintahan Rasulullah s.a.w dan mereka tidak berperang di bawah paying Rasulullah s.a.w.Sekiranya begitu sifatnya,makruh meminta bantuan daripada mereka.
Dalam hal ini Al-Syaibani tidak meletakkan hokum umu dalam isu MAKRUH meminta tolong daripada orang non muslim,tetap,menjadikan hokum itu sebagai pandangan seorang ketua atau pemimpin kepada orang-orang Islam. Dalam hal ini,disebabkan rasa kebimbangan Baginda s.a.w akan timbul perasaan rendah diri dan rasa terhina dalam kalangan tentera-tentera Islam yang lain. Sebab itulah baginda s.a.w menolaknya. Sekiranya seorang ketua atau pemimpin orang-orang Islam itu berpendapat tidak wajar meminta bantuan non muslim dibimbangi akan berlaku fitnah,wajarlah ia menolaknya.

Al-Syaibani meletakkan dua syarat untuk meminta bantuan dengan non muslim;
1.Boleh meminta bantuan dengan syarat non muslim itu boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila berperang bersama mereka dan tidak menimbulkan fitnah apabila bersama mereka.
2.Hukum Islam yang dominan ke atas mereka, dengan kata lain, non muslim itu golongan yang lemah, dan jamaah Islam itu lebih kuat dan dominan.
Meminta bantuan dengan non muslim HARUS tetapi lebih kepada JARANG-JARANG BERLAKU dan dalam keadaan pengecualian.I ni adalah pandangan tokoh-tokoh ilmuan fiqh termasuk tokoh-tokoh daripada kalangan pengikut Imam Hanafi dan al.Tahawiah.

Menurut pendapat al-Karabisi;
Boleh meminta bantuan non muslim apabila mereka berada dalam keadaan berikut;
1.Tiada SYAUKAH (tidak mempunyai dokongan kuat dari kalangan bangsa sendiri yang boleh mempertahankan kuasa mereka)
2.Berada bawah pemerintahan atau undang-undang ORANG ISLAM
3.Tidak member mudarat kepada orang ISLAM

Bezanya di sini ialah syarat untuk bergabung dengan mereka ialah apabila;
1.Mereka berada di bawah kekuasaan dan hokum orang-orang Islam
2.Bilangan mereka adalh sedikit dan minoriti
Harus meminta bantuan non muslim secara individu dalam urusan yang bukan berkaitan dengan peperangan.

Dalil daripada Hadis Rasuluallah s.a.w.
1.Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Aisyah telah bercerita tentang Nabi s.a.w dan ayahnya Abu Bakar telah mengupah seorang lelaki musyrik sebagai penunjuk jalan untuk membawa baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur selepas bersembunyi bagi meneruskan perjalanan hijrah ke Madinah
2.Rasulullah s.aw juga pernah mengupah seorang musyrik dari golongan Bani Khaza’ah untuk menjadi perisik ketika peristiwa Hudaibiah untuk merisik hal ehwal golongan musyrikin Quraisy.
Keadaan Rasulullah s.a.w meminta bantuan penunjuk jalan dan perisikan itu adalah bersifat sementara sahaja.Tugas yang berterusan dalam tempoh yang lama boleh memberi peluang kepada non muslim untuk mengatur strategi dan membina hubungan serta mengetahui kelemahan orang Islam. Ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian yang serius.
Harus meminta nasihat dan bekerjasama dengan NON MUSLIM dalam semua bidang kecuali peperangan.
Harus meminta nasihat non muslim sama ada individu, parti , negara dan bekerjasama dengan mereka dalam semua bidang kecuali peperangan. Kebenaran ini tertakluk kepada non muslim yang kita meminta nasihat itu, bermusuh dengan non muslim yang lain yang juga musuh kita. Mereka cenderung untuk membantu orang islam sebab dendam kepada golongan kafir yang lain serta menjadi pemangkin kepada orang Islam.
Inilah yang berlaku ketika Rasulullah s.a.w mengadakan kerjasama dengan Bani Khaza’ah yang bermusuh dengan Bani Bakr yang mendapat sokongan dan bekerjasama dengan golongan Musyrikin Quraisy.
Menurut Ibn Hajar HARUS meminta nasihat dengan negara musuh selagi dia masih dominan ke atas negara musuh yang lain.

Realiti masyarakat islam hari ini hendaklah mengugurkan isu meminta bantuan dengan non muslim atas hujah-hujah berikut;
1.Hukum Islam sekarang tidak dominan. Dakwah masih lagi lemah, kerajaan lebih kuat dari suara dakwah, wujud penentangan dunia kepada islam, media jelas menunjukkan peperangan dengan Islam, negara-negara Islam lemah dan tidak berdaya.
2.Sifat amanah sangat sedikit dalam kalangan manusia hari ini. Kita memerlukan usaha yang kuat untuk mempercayai seseorang terutama daripada parti dan jamaah.
3.Umat Islam sangat ramai jumlahnya, meminta bantuan pertolongan dengan muslim fasik adalah HARUS
Membantu Non Muslim dengan harta tanpa perlu berperang bersama mereka.
Perkara pertama yang diperhatikan dalam bab ini ialah HARAM seorang muslim berada dalam saf non  muslim bagi memerangi orang Islam dan  haram  menambahkan  bilangan mereka bila berada dalam saf non  muslim walaupun dia tidak berperang atau  memanah. 
Berada dalam  saf non muslim bagi memerangi Non Muslim yang lain,berada dalam saf Khawarij bagi memerangi Khawarij yang lain dan berada dalam saf Khawarij bagi memerangi Non Muslim.
TIDAK HARUS seorang muslim itu berada dalam saf non  muslim bagi memerangi non muslim yang lain melainkan terpaksa atau darurat seperti diugut bunuh, begitu juga TIDAK HARUS berada dalam saf khawararij bagi memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, HARUS berada dalam saf khawarij bagi memerangi non muslim.

Al-Syaibani meriwayatkan tentang peristiwa Zubair bin Awwam ketika bersama Najashi, ada musuh yang cuba memeranginya. Maka pada ketika itu Zubair diuji untuk bersama Najashi dalam peperangan tersebut sehingga Zubair mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Najashi.

Perjanjian  kerjasama untuk menegakkan kemuliaan akhlak.
Harus bagi orang-orang Islam bekerjasama dengan orang non muslim bagi menegakkan dan menyebarkan kebaikan akhlak  yang asasi yang diharuskan oleh syarak seperti menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, memperuntukkan kebebasan dan mengelak tumpah darah, menjaga kehormatan dan harta benda, melindungi golongan lemah, menyuburkan tanah dan tanaman, semua sayuran, memelihara binatang ternakan yang member produk kebaikan kepada manusia, saliran air dan kepentingan hidup yang lain.

Termasuklah juga bentuk kerjasama itu pada hari ni ialah;
1.perjanjian hak asasi manusia (human right)
2.mempertahankan hak-hak beragama
3.perjanjian antarabangsa seperti isu pencemaran dan lapisan ozon udara dan angkasa
4.isu keamanan sejagat dan bumi hijau
5.hak-hak antarabangsa dalam isu sungai dan air yang dikongsi antara Negara
6.hak-hak pekerja
7.hak asasi kanak-kanak
8.kesihatan sedunia dan wabak penyakit termasuk aids
9.memerangi isu dadah dan heroin
10.memerangi isu pelacuran dan rumah urut

Dakwaan Rasullah s.a.w mengadakan Tahaluf dengan Yahudi
Ada riwayat yang mengatakan dalam sirah, Rasullah s.a.w mengadakan tahaluf dengan orang-orang Yahudi Madinah selepas peristiwa hijrah. Ini adalah  riwayat yang dibawa oleh Ibn Ishak dalam tulisannya tentang siri peperangan Rasulullah s.a.w  dan  diambil oleh Ibn Hisyam daripadanya. Begitu juga Ibn Athir mengambil daripada Ibn Ishak tanpa sanad. Apa yang sebenarnya ditulis oleh Muhammad bin Ishak ialah seperti berikut;
Rasuluallah  s.a.w  telah  menulis satu penulisan antara golongan muhajirin dan golongan ansar, baginda mengajak orang-orang Yahudi bersama-sama dan mengadakan perjanjian dengan mereka…’’Hendaklah setiap orang Yahudi member infak,begitu juga orang-orang Islam juga hendaklah member infak,hendaklah anatar mereka member pertolongan kepada anggota yang ada dalam lembaran ini sekiranya mereka diperangi’’…begitu juga ada tulisan ini ‘’hendaklah di antara mereka memberi pertolongan sekiranya Madinah diserang’’.

Tahaluf siyasi berbentuk ketenteraan bersama sekumpulan non  muslim yang dikenal  pasti tidak bermusuh dengan Islam adalah HARUS sebagai satu langkah strategi bagi fasa-fasa dakwah yang akan datang, sekiranya dakwah berada pada pihak yang lebih kuat daripada non muslim tersebut selepas berjaya melalui fasa saling nasihat menasihati antara kumpulan kafir ini.

Namun begitu untuk merealisasikan rukun ini dalam dunia hari ini, pada zaman ini,amatlah sukar. Kesukaran ini adalah kerana kita hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut;

1.Syarat yang terdapat dalam isu meminta bantuan non muslim dan membantu non muslim
2.mendatangkan cirri-ciri yang hamper sama dengan apa yang berlaku dalam Bani Khaza’ah
3.Faedah dan keuntungan yang boleh diperoleh dengan tahaluf ini daripada parti-parti dan negara-negara orang non muslim.

Walaubagaimana banyak sekali pun syarat berhati-hati yang perlu dipenuhi, hendaklah SYARAT HUKUM ISLAM ITU MENGATASI DAN DOMINAN MENJADI SYARAT YANG PALING UTAMA DAN MUTLAK

Beberapa pandangan tentang Tahaluf Siyasi
1.Imam al-Banna menolak fikrah tahaluf dengan parti-parti ketika memberi ucapan dalam Muktamar Ikhwan  yang kelima
2.Sayed Qutb juga mengikuti langkah al-Banna dalam fikrah pemisahan mutlak(al-Mufasalah)
3.Yusuf Qardawi menunjukkan pendirian yang berbeza dengan kedua-dua tokoh di atas apabila member pandangan sokongan (tarhib) kepada sikap yang diambil oleh sebahagian gerakan Islam yang bertahaluf dengan alasan’’Kita hendaklah memberikan penilaian yang adil kepada perkembangan baru yang berlaku dalam harakah Islam sama ada dari sudut pemikirannya dan hubungan-hubungannya’’
4.Syeikh Munir al-Ghadban juga dalam bukunya berpendapat harus tahaluf setelah mengkaji isu revolusi Islam di Syria

Kauthar Razali
Hayy Askari, 
Kenitra,Morocco
27/11/2011

Diselia oleh

PmmmMedia
Portal Rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi [PMMM].

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2013 Portal PMMM and Kuahdalca.