BIOGRAFI AL-HAFIZH IBNU HAJAR AL-ASQALANI (SIRI 1)




Nama dan Nasab
Beliau ialah  Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al-Kannani Al-Asqalani Al-Mishri.

Gelaran  dan Nama Panggilan
Beliau seorang ulama besar mazhab Syafi’i, digelar dengan ketua para qadhi, syeikhul islam, hafizh Al-Muthlaq ,amirul mukminin dalam bidang hadis dan syihabuddin dengan nama panggilan beliau, Abul Fadhl. Beliau juga dikenali dengan nama Abul Hasan Ali dan lebih terkenal dengan nama Ibnu Hajar Nuruddin Asy-Syafi’i. Guru beliau, Burhanuddin Ibrahim Al-Abnasi memberinya nama At-Taufiq dan sang penjaga tahqiq.

Kelahirannya
Beliau dilahirkan tanggal 12 Sya’ban tahun 773 Hijriah dipinggir sungai Nil di Mesir kuno. Tempat tersebut dekat dengan Dar An-Nuhas berhampiran  masjid Al-Jadid.

Sifat beliau
Ibnu Hajar adalah seorang yang mempunyai ketinggian sederhana, berkulit putih, mukanya bercahaya, bentuk tubuhnya indah, berseri-seri mukanya, lebat janggutnya, dan berwarna putih serta pendek kumisnya. Dia adalah seorang yang memiliki pendengaran dan penglihatan yang sihat, kuat dan utuh giginya, kecil mulutnya, kuat tubuhnya, bercita-cita tinggi, kurus badannya, fasih lisannya,  sangat cerdas, pandai, pintar bersyair dan merupakan seorang pemimpin zamannya.
Kehidupannya dan Perjalanannya Sebagai Penuntut Ilmu
Ibnu Hajar membesar sebagai seorang anak yatim.Ayah beliau meninggal ketika beliau berumur 4 tahun dan ibunya meninggal ketika beliau masih kecil ,dan beliau diasuh oleh abangnya Az-Zaki Al-Kharubi. Pada usia lima tahun Ibnu Hajar masuk  ke Al-Maktab  untuk menghafal Al-quran, di sana terdapat seorang guru yang bernama Shamsuddin bin Al-Alaf yang saat itu menjadi gabenor Mesir dan juga Shamsuddin Al-Athrusy. Akan tetapi, Ibnu Hajar tidak dapat  menghafal Al-quran sehinggalah beliau diajar oleh seorang ahli fekah dan pengajar sejati yaitu Shadruddin Muhammad bin Muhammad bin Abdurrazaq As-Safthi Al Muqri’. Kepada beliau ini lah akhirnya Ibnu Hajar dapat mengkhatamkan hafalan Al-qurannya ketika berumur sembilan tahun.Ketika Ibnu Hajar berumur 12 tahun beliau dilantik sebagai imam solat Tarawih di Masjidil Haram pada tahun 785 H. Setelah kembali ke Mesir pada tahun 786 H, Ibnu Hajar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, sehinggalah beliau menghafal beberapa kitab-kitab induk seperti Al-‘Umdah Al-Ahkaam karya Abdulghani Al-Maqdisi, Al-Alfiyah fi Ulum Al-Hadits karya guru beliau Al-Haafizh Al-Iraqi, Al-Haawi Ash-Shaghi karya Al-Qazwinir, Mukhtashar ibnu Al-Haajib fi Al-Ushul dan Mulhatu Al-I’rob serta yang lainnya.
Awalnya beliau mula berjinak dan mendalami  kitab-kitab sejarah serta menghafal nama-nama perawi. Setelah itu, beliau mengkaji bidang sastera Arab dari tahun 792 H serta menjadi pakar dalam syair. Kemudian beliau menuntut ilmu berkaitan hadis sejak tahun 793 H  namun beliau tidak mendalami ilmu ini secara mendalam sehinggalah  tahun 796 H  barulah beliaumemberikan perhatian penuh untuk mendalamii hadis dan ilmu yang berkaitan.

Ibn Hajar bertemu dengan Al-Hafizh Al-Iraqi yaitu seorang syeikh besar yang terkenal sebagai ahli fikih, orang yang paling tahu tentang madzhab Syafi’i. Di samping itu, beliau seorang yang sempurna dalam penguasaan tafsir, hadis dan Bahasa Arab. Ibnu Hajar mendampingi beliau selama sepuluh tahun, serta mengiringi beliau dalam perjalanan ke Syam dan yang lainnya. Bersama syeikh inilah, Ibnu Hajar menjadi seorang ulama sejati dan menjadi orang pertama yang diberi izin Al-Iraqi untuk mengajarkan hadis. Al-Iraqi memberikan gelaran kepada Ibnu Hajar dengan Al-Hafizh dan sangat memuliakannya. Adapun setelah sang guru wafat, Ibnu Hajar menuntut ilmu dengan guru kedua yaitu Nuruddin Al-Haitsami. Terdapat juga guru lain beliau iaitu Imam Muhibbuddin Muhammad bin Yahya bin Al-Wahdawaih yang melihat keseriusan Ibnu Hajar dalam mempelajari hadis, lalu beliau memberi saranan  kepada Ibnu Hajar supaya mempelajari fekah karena orang akan memerlukan ilmu tersebut.

Imam Ibnu Hajar juga melakukan rehlah (perjalanan tholabul ilmi) ke negeri Syam, Hijaz dan Yaman dan ilmunya matang dalam usia muda sehingga kebanyakan ulama dizaman beliau mengizinkan beliau untuk berfatwa dan mengajar.Beliau mengajar di Markaz Ilmiah, mengajar tafsir di Al-madrasah Al-Husainiyah dan Al-Manshuriyah, mengajar hadis di Madaaris Al-Babrisiyah, Az-Zainiyah dan Asy-Syaikhuniyah dan lainnya. Beliau juga membuka majlis Tasmi’ Al-hadis di Al-Mahmudiyah serta mengajarkan fekah di Al-Muayyudiyah dan selainnya.Beliau juga memegang jawatan sebagai pemimpin para masyaikh di Al-Madrasah Al-Baibrisiyah dan madrasah lainnya.

Para Guru Beliau
Al-Hafizh Ibnu Hajar sangat memperhatikan para gurunya dengan menyebut nama-nama mereka dalam banyak karya-karya ilmiahnya. Beliau menyebut nama-nama mereka dalam dua kitab, yaitu:
1.     Al-Mu’jam Al-Muassis lil Mu’jam Al-Mufahris.
2.     Al-Mu’jam Al-Mufahris.

Imam As-Sakhaawi membahagi guru beliau menjadi tiga klasifikasi:
1.     Guru yang beliau dengar hadis darinya walaupun hanya satu hadis.
2.     Guru yang memberikan ijazah kepada beliau.
3.     Guru yang beliau ambil ilmunya secara muzakarah atau mendengar darinya khutbah atau karya ilmiahnya.
Guru beliau mencapai lebih dari 640 orang, sedangkan Ibnu Khalil Ad-Dimasyqi dalam kitab Jumaan Ad-Durar membahagikan para guru Ibnu Hajar kepada tiga bahagian dan berjumlah 639 orang.
Diantara para guru beliau tersebut adalah:
I. Bidang keilmuan Al-Qira’aat (ilmu Alquran):
·         Syeikh Ibrahim bin Ahmad bin Abdulwahid bin Abdulmu`min bin ‘Ulwaan At-Tanukhi Al-Ba’li Ad-Dimasyqi (wafat tahun 800 H.) dikenali sebagai Burhanuddin Asy-Syaami. Ibnu Hajar belajar dan membaca langsung kepada beliau sebagian Al-quran, kitab Asy-Syathibiyah, Shahih Al-Bukhari dan sebagian musnad dan Juz Al-Hadis. Syeikh Burhanuddin ini memberikan izin kepada Ibnu Hajar dalam fatwa dan pengajaran pada tahun 796 H.

II. Bidang ilmu Fekah:
1.     Syeikh Abu Hafsh Sirajuddin Umar bin Ruslaan bin Nushair bin Shalih Al-Kinaani Al-‘Asqalani Al-Bulqini  Al-Mishri (wafat tahun 805 H) seorang mujtahid, hafiz dan seorang ulama besar. Beliau memiliki karya ilmiah, diantaranya,Mahaasin Al-Ish-thilaah Fi Al-Mushtholah dan Hawasyi ‘ala Ar-Raudhah serta lainnya.
2.     Syeikh Umar bin Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Abdillah Al-Anshari Al-Andalusi Al-Mishri (wafat tahun 804 H) dikenali sebagai Ibnu Al-Mulaqqin. Beliau orang yang terbanyak karya ilmiahnya dizaman tersebut. Diantara karya beliau: Al-I’laam Bi Fawaa`id ‘Umdah Al-Ahkam (dicetak dalam 11 jilid) danTakhrij ahaadits Ar-Raafi’i (dicetak dalam 6 jilid) dan Syarah Shahih Al-Bukhari dalam 20 jilid.
3.     Burhanuddin Abu Muhammad Ibrahim bin Musa bin Ayub Ibnu Abnaasi  (725-782 ).
III. Bidang ilmu Ushul Al-Fiqh :
·         Syeikh Izzuddin Muhammad bin Abu bakar bin Abdulaziz bin Muhammad bin Ibrahim bin Sa’dullah bin Jama’ah Al-Kinaani Al-Hamwi Al-Mishri (wafat tahun 819 H.) dikenal dengan Ibnu Jama’ah seorangfaqih, ushuli, Muhaddits, ahli kalam, sastrawan dan ahli nahwu. Ibnu Hajar Mulazamah kepada beliau dari tahun 790 H. sampai 819 H.

IV. Bidang ilmu Sastera Arab :
1.     Majduddin Abu Thaahir Muhammad bin Ya’qub bin Muhammad bin Ibrahim bin Umar  Asy-Syairazi Al-Fairuzabadi (729-827 H.) seorang ulama pakar sastera Arab yang paling terkenal pada zaman  tersebut.
2.     Shamsuddin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Abdurrazaaq Al-Ghumaari (720 -802 H).

V. Bidang hadis dan ilmunya:
1.     Zainuddin Abdurrahim bin Al-Husein bin Abdurrahman bin Abu bakar bin Ibrahim Al-Mahraani Al-Iraqi (725-806 H).
2.     Nuruddin abul Hasan Ali bin Abu Bakar bin Sulaimanbin Abu Bakar bin Umar bin Shalih Al-Haitsami (735 -807 H).
Selain beberapa yang telah disebutkan di atas, guru-guru Ibnu Hajar, antara lain:
·         Al-Iraqi, seorang yang paling banyak menguasai bidang hadits dan ilmu-ilmu yang berhubungan dengan hadits.
·         Al-Haitsami, seorang yang paling hafal tentang matan-matan.
·         Al-Ghimari, seorang yang banyak tahu tentang bahasa Arab dan berhubungan dengan bahasa Arab.
·         A-Muhib bin Hisyam, seorang yang cerdas.
·         Al-Ghifari, seorang yang hebat hafalannya.
·         Al-Abnasi, seorang yang terkenal kehebatannya dalam mengajar dan memahamkan orang lain.
·         Al-Izzu bin Jamaah, seorang yang banyak menguasai beragam bidang ilmu.

·         At-Tanukhi, seorang yang terkenal dengan qira’atnya dan ketinggian sanadnya dalam qira’at.





Muhammad Khalaf Bin Shamsuddin,
Unit Artikel,
Exco Penerbitan dan Dokumentasi sesi 2012/2013.


Diselia oleh

PmmmMedia
Portal Rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi [PMMM].

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2013 Portal PMMM and Kuahdalca.